Mahasiswa Keadilan Malaysia | PINDAAN AUKU: KEJAYAAN BERSAMA MEMBEBASKAN MAHASISWA
15048
post-template-default,single,single-post,postid-15048,single-format-standard,ajax_fade,page_not_loaded,,vertical_menu_enabled,qode-theme-ver-6.1,wpb-js-composer js-comp-ver-4.3.5,vc_responsive

PINDAAN AUKU: KEJAYAAN BERSAMA MEMBEBASKAN MAHASISWA

11 Dec PINDAAN AUKU: KEJAYAAN BERSAMA MEMBEBASKAN MAHASISWA

Berhubung pengumuman kelulusan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membenarkan mahasiswa aktif berpolitik, pihak Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan ahli-ahli parlimen lain dalam usaha dan kerjasama mereka untuk merealisasikan pindaan AUKU yang sekian lama kini telah membataskan perjuangan politik dan kebebasan bersuara pada mahasiswa di dalam dan luar kampus. Dengan jaminan beliau untuk menghapuskan budaya takut berpolitik di kampus, pihak MKM bersedia memanfaatkan kebebasan ini dengan penuh bertanggungjawab seperti mana saranan beliau.

Pihak MKM juga ingin mengucapkan tahniah kepada aktivis-aktivis mahasiswa yang telah mendukung perjuangan ini selama penguatkuasaan AUKU. Pindaan AUKU ini juga adalah hasil usaha mereka yang telah bersuara bagi golongan mahasiswa negara kita. Usaha perjuangan ini akan diteruskan oleh MKM untuk memansuhkan AUKU di samping meneruskan agenda reformasi negara.

Pihak MKM juga ingin mengambil peluang ini untuk mengumumkan pelan kami untuk mula mendaftarkan organisasi kami di setiap universiti-universiti seluruh Malaysia samaada awam mahupun swasta. Oleh yang demikian, kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua kelompok mahasiswa-mahasiswa yang bersefahaman dalam menggenggam agenda reformasi negara untuk menyertai kami memperkasakan agenda perjuangan mahasiswa.

Amir Asyrani Hanapi
Ketua Biro Komunikasi
Mahasiswa Keadilan Malaysia

No Comments

Post A Comment