Mahasiswa Keadilan Malaysia | KEHARMONIAN KAUM BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK MENGADAKAN PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN
15000
post-template-default,single,single-post,postid-15000,single-format-standard,ajax_fade,page_not_loaded,,vertical_menu_enabled,qode-theme-ver-6.1,wpb-js-composer js-comp-ver-4.3.5,vc_responsive

KEHARMONIAN KAUM BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK MENGADAKAN PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN

11 Dec KEHARMONIAN KAUM BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK MENGADAKAN PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN

a

 

Pada tarikh bersejarah 9 Mei 2018 yang lalu, rakyat Malaysia yang berbilang kaum telah melaksanakan tugas mereka sebagai warganegara yang mengamalkan prinsip demokrasi dengan mengundi pada pilihanraya umum yang sedang dijalankan.

Pada hari itu juga, rakyat Malaysia telah berjaya menumbangkan sebuah kerajaan kleptokrasi yang secara turun-temurun telah menggunakan kaum sebagai senjata untuk terus memegang tampuk pemerintahan negara.

Pelbagai khabar angin dan berita palsu telah disebarkan oleh sang penguasa untuk menggambarkan suatu peristiwa berdarah yang akan berlaku jika kerajaan yang terdiri daripada parti-parti politik yang kononnya satu-satunya entiti yang boleh mempertahankan keharmonian bangsa di dalam negara ini jatuh ke tangan pembangkang.

Kini tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan Malaysia telah berubah selama tempoh masa 6 bulan. Hanya beberapa hari yang lalu pula negara yang berbilang kaum ini telah menyaksikan suatu protes besar-besaran yang dihadiri oleh secara majoritinya hanya teridiri daripada satu kaum, iaitu kaum Melayu.

Beberapa hari sebelum protes besar-besaran itu berlaku juga kita telah mendengar bisikan bahawa suatu konflik kaum ataupun peperangan saudara secara besar-besaran akan berlaku di antara masyarakat Melayu dan masyarakat minoriti bukan Melayu.

Dua insiden berasingan ini boleh kita jadikan suatu bukti bahawa keutuhan perpaduan di antara kaum di dalam negara ini berada di tahap yang amat kukuh sekali. Kita boleh lihat bahawa negara Malaysia hari ini adalah amat berlainan sekali dengan negara Malaysia ketika tahun 1969 yang dahulu. Mentaliti rakyat Malaysia sudah tidak berpaksikan kaum semata-mata, masyarakat Malaysia kini boleh dilihat berinteraksi di antara kaum-kaum yang lain tanpa berasa kekok ataupun berprasangka buruk.

Oleh itu secara prinsipnya, saya Na’im Bin Brundage Ketua Cabang Keadilan Kepong, seorang warga Melayu yang memimpin keadilan di kawasan yang secara majoriti besarnya terdiri daripada golongan masyarakat Cina menyeru kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk tidak menjadikan keharmonian kaum sebagai alasan untuk tidak mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan. Saya yakin dan pasti rakyat Malaysia di era moden ini sudah berupaya untuk mengamalkan demokrasi secara sihat sama ada di peringkat persekutuan ataupun tempatan.

Sebagai seorang pemimpin muda yang hanya berumur 26 tahun, saya pasti pilihan raya di peringkat kerajaan tempatan akan boleh membuka lebih banyak peluang untuk anak muda menyertai politik. Kita boleh lihat kejadian seumpama ini berlaku di semua negara-negara yang maju.

Saya akhiri kenyataan rasmi ini dengan satu rayuan kepada rakyat Malaysia dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk terus bergerak ke hadapan, usah kita toleh ke belakang sepertimana amalan politik perkauman yang digunapakai pemerintah-pemerintah dahulu kala yang lebih mementingkan harta peribadi daripada mengeratkan ukhwah masyarakat berbilang kaum Malaysia.

Na’im Bin Brundage
Ketua Cabang Keadilan Kepong
Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia
Pengerusi Mahasiswa Pakatan Harapan

No Comments

Post A Comment