Mahasiswa Keadilan Malaysia | MAHASISWA NASIONAL JANGAN GOPOH MENGAKU KEMENANGAN
15051
post-template-default,single,single-post,postid-15051,single-format-standard,ajax_fade,page_not_loaded,,vertical_menu_enabled,no_animation_on_touch,qode-theme-ver-6.1,wpb-js-composer js-comp-ver-4.3.5,vc_responsive

MAHASISWA NASIONAL JANGAN GOPOH MENGAKU KEMENANGAN

11 Dec MAHASISWA NASIONAL JANGAN GOPOH MENGAKU KEMENANGAN

Pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk pindaan AUKU 1971 Seksyen 15 (2) (c) mengenai partisipasi mahasiswa telah melepasi bacaan pertama di Dewan Rakyat dan perbahasan mengenai pindaan ini akan diadakan kelak.

Hal ini selari dengan janji manifesto Pakatan Harapan Janji 27, 28 (menghapuskan undang-undang zalim& dan Janji 50 (mengembalikan wibawa universiti). Malang sekali Mahasiswa Nasional tergopoh meraikan kemenangan, menyangkakan pihak kementerian hanya berminat meminda bukan memansuh AUKU serta merendahkan perjuangan Mahasiswa Keadilan Malaysia, aktivis dan ahli akademik dalam memansuhkan AUKU.

Pada 18 November 2018 lepas telah berlangsung Debat AUKU : Mansuh atah Pinda diantara Mahasiswa Keadilan Malaysia dan Mahasiswa Nasional. Mahasiswa Keadilan Malaysia menegaskan AUKU wajib dimansuh dan diganti undang-undang baharu yang lebih adil,saksama dan berkebajikan manakala Mahasiswa Nasional hanya menyokong pindaan terhadap AUKU sahaja.

YB Dr Maszlee telah didalam perbahasan Dewan Rakyat dan Dewan Negara menegaskan berulang kali AUKU akan dimansuh secara mutlak menjelang 2020. Disamping itu YB Menteri telah membentuk JawatanKuasa Teknikal terdiri dari Mahasiswa, Ahli Akademik dan Pihak Pentadbiran Universiti dalam proses penggubalan undang-undang baharu menggantikan AUKU 1971.

Beza perjuangan Mahasiswa Keadilan Malaysia dan Mahasiswa Nasional adalah Mahasiswa Keadilan Malaysia secara konsisten memperjuang pemansuhan AUKU 1971 manakala Mahasiswa Nasional baru sahaja berubah pegangan untuk meminda AUKU sedangkan sebelum PRU-14 mereka lah yang bermatian mempertahankan AUKU sebagai sebuah undang-undang yang Maha-Sempurna.

Mahasiswa Keadilan Malaysia tidak pernah bersendirian dalam pejuangan memansuhkan AUKU. Bersama Aktivis Pendidikan, Mahasiswa Amanah Nasional, dan ahli akademik konsisten dari dahulu dalam memperjuang pemansuhan AUKU. Hal ini kerana AUKU bukan sahaja zalim dari segi menghalang mahasiswa bersuara, tetapi kekangan terhadap ahli akademik, tatacara mahkamah universiti, proses kenaikkan pangkat, bebanan tugas pensyarah dan pelantikan Naib Cansellor juga terkandung dalam AUKU.

Akan tetapi pemansuhan ini tidak boleh dilakukan secara sekelip mata kerana banyak hal-hal penting berkaitan tadbir urus di dalam AUKU. Ini selari dengan kenyataan Professor Azmi Sharom, Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya yang turut sama di dalam JawatanKuasa Teknikal AUKU Kementerian Pendidikan. Ini kerana AUKU memiliki peraturan teknikal berkenaan dengan tadbir urus universiti, struktur universiti dan kewangan kerajaan pada universiti awam. Maka adalah bijak undang-undang baharu digubal mengganti AUKU 1971 sebelum pemansuhan pada 2020.

Akhir kalam, Kementerian Pendidikan telah memberi jaminan AUKU akan dimansuh menjelang 2020. Pemansuhan beberapa seksyen di dalam AUKU adalah komitmen hak mahasiswa dihormati dan jaminan sebelum undang-undang baharu diperkenal pada 2020. Ini selaras dengan janji manifesto Janji 27, 28 dan 50 Manifesto Pakatan Harapan. Diharap Mahasiswa Nasional tidak gopoh merendah perjuangan aktivisma dan Mahasiswa Keadilan memansuhkan AUKU dan menggubal undang-undang baharu. Mahasiswa Nasional harus sedar diri jangan ‘flip-flop’ dalam pendirian. Izinkan kami bekerja selepas penat berjuang. Kini kami memikul bebanan tanggungjawab sosial yang mana Mahasiswa Nasional gagal dan menikus semasa Barisan Nasional berkuasa membiar rakan-rakan mahasiswa dizalimi AUKU dan ahli akademik ditindas AUKU. Terima Kasih atas kegagalan anda, biar kami Mahasiswa Keadilan Malaysia, aktivis dan ahli akademik memperjuang kebebasan akademik!

Shahrul Nizam
Ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Keadilan Malaysia
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepong

No Comments

Post A Comment