Mahasiswa Keadilan Malaysia | MAHASISWA KEADILAN MALAYSIA GESA KERAJAAN RANGKA PELAN JANGKA PANJANG BERHUBUNG PEMBAYARAN BALIK PEMINJAM PTPTN
15030
post-template-default,single,single-post,postid-15030,single-format-standard,ajax_fade,page_not_loaded,,vertical_menu_enabled,qode-theme-ver-6.1,wpb-js-composer js-comp-ver-4.3.5,vc_responsive

MAHASISWA KEADILAN MALAYSIA GESA KERAJAAN RANGKA PELAN JANGKA PANJANG BERHUBUNG PEMBAYARAN BALIK PEMINJAM PTPTN

11 Dec MAHASISWA KEADILAN MALAYSIA GESA KERAJAAN RANGKA PELAN JANGKA PANJANG BERHUBUNG PEMBAYARAN BALIK PEMINJAM PTPTN

Ucapan belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, YB Tuan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pada 2 November 2018 berkenaan pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN) telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) yakin inisiatif-inisiatif yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan itu akan dilaksanakan sebaik-mungkin untuk meredakan masalah bebanan hutang yang sedang dibelengu oleh institusi kewangan tersebut.

Pihak MKM yakin inisiatif-inisiatif yang baru diperkenalkan ini adalah jauh lebih baik daripada inisiatif-inisiatif kerajaan terdahulu. Mereka telah membebankan graduan apabila mereka menyenaraihitamkan peminjam di bawah CCRIS, menjejaskan graduan daripada membuat pinjaman rumah atau kereta, menyekat mereka ke luar negara, menghentikan pemberian pinjaman secara penuh, dan menggalakkan pengeluaran simpanan KWSP. Tindakan-tindakan tersebut telah menyebabkan peminjam daripada keluarga B40 untuk terus kekal dalam kitaran kepapaan.

Pihak MKM menerima baik inisiatif yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan. Namun, kerajaan hari ini perlu merangka suatu pelan jangka masa panjang pembiayaan pengajian yang lebih berkesan daripada terus bergantung kepada PTPTN semata-mata. Justeru, kami mahu kerajaan Pakatan Harapan merangka pelan jangka masa panjang bagi memastikan kemampanan sistem pembiayaan pengajian negara.

Selain itu, kami tuntut kerajaan Pakatan Harapan untuk pastikan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menampung bilangan mahasiswa untuk tahun yang mendatang supaya mereka tidak akan terlalu bergantung kepada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang lebih membebankan dari segi yuran. Pihak MKM yakin, situasi kewangan PTPTN akan kurang terbeban jika lebih ramai diberi peluang untuk menyambung pelajar ke IPTA daripada IPTS.

Kami juga ingin gesa kerajaan Pakatan Harapan untuk meningkatkan pemantauan kualiti pendidikan dan silibus yang di ajar IPTA & IPTS. Langkah ini akan meningkatkan kebolehpasaran graduan, justeru menyelesaikan masalah pengangguran yang semakin berleluasa daripada kalangan graduan.

Sementara itu, kami juga menyambut baik cadangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) untuk mengadakan sidang meja bulat bersama pemegang taruh di seluruh Malaysia berkenaan isu PTPTN ini. MKM gesa Kementerian Pendidikan untuk mengambil tangggungjawab dengan menganjurkan sidang meja bulat PTPTN ini memandangkan kementerian tersebut sudah diperuntukkan sebanyak RM60.2 bilion bagi tahun akan datang.

Masa hadapan negara adalah tanggungjawab semua.

Na’im Bin Brundage
Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia
Pengerusi Mahasiswa Pakatan Harapan
Exco Mahasiswa Pemuda Pakatan Harapan
Ketua Cabang Keadilan Kepong

No Comments

Post A Comment