Mahasiswa Keadilan Malaysia | LAPORAN SALAHGUNA KUASA DALAM PERLANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF: PENGURUSAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA HARUS SEGERA BERI PENJELASAN
15028
post-template-default,single,single-post,postid-15028,single-format-standard,ajax_fade,page_not_loaded,,vertical_menu_enabled,qode-theme-ver-6.1,wpb-js-composer js-comp-ver-4.3.5,vc_responsive

LAPORAN SALAHGUNA KUASA DALAM PERLANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF: PENGURUSAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA HARUS SEGERA BERI PENJELASAN

11 Dec LAPORAN SALAHGUNA KUASA DALAM PERLANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF: PENGURUSAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA HARUS SEGERA BERI PENJELASAN

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin melalui kenyataan beliau di dalam Dewan Negara yang telah dipetik oleh pelbagai agensi media membabitkan isu yang sedang dihadapi oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Menurut beliau kerajaan kini sedang menyediakan dokumen yang diperlukan sebelum memulakan prosedur pembatalan sijil (AIM).

Datuk Junaidah Kiting, Pengerusi AIM pula telah memberi penjelasan bahawa kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu hanya membabitkan pembatalan sijil anak-anak syarikat sahaja, dan bukannya penutupan operasi AIM secara keseluruhan. Beliau juga telah menegaskan, pengurusan baharu AIM ketika ini tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak sekiranya wujud amalan ketirisan, penyelewengan atau penyalahgunaan dana AIM yang berlaku semasa pentadbiran lalu.

Saya, selaku Ketua Cabang KEADILAN Kepong menerima baik komitmen pengurusan baharu AIM dalam mencegah dan menyiasat sebarang salahlaku yang berlaku ketika pentadbiran yang lalu. Namun demikian, saya juga mahu mendapatkan penjelasan daripada pihak Datuk Junaidah Kiting mengenai laporan salahguna kuasa Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia baru-baru ini yang membabitkan perlantikan En. Mohamed Shamir Bin Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia pada 1 Jun 2018.

Berdasarkan maklumat yang telah didapati daripada pegawai-pegawai AIM, saya bimbang akan perkembangan yang kini dilaporkan berlaku membabitkan perlantikan-perlantikan pegawai di dalam Amanah Ikhtiar. Perlantikan En. Mohamed Shamir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AIM boleh dipertikaikan sebagai “conflict of interest” kerana beliau juga memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di AIM Solutions Sdn Bhd iaitu subsidiari kepada Amanah Ikhtiar Malaysia Sdn. Bhd.

Kemusykilan yang sedang berlaku di dalam Amanah Ikhtiar Malaysia tidak berhenti di situ sahaja. Lantikan-lantikan Lembaga Pemegang Amanah baru-baru ini juga dikhuatiri sebagai suatu salahguna kuasa oleh pihak pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia di mana bapa saudara En. Mohamed Shamir, En. Shahul Hameed telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah sejurus selepas beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Lantikan Drs. Mohd Zaid juga dikhuatiri mempunyai unsur salahguna kuasa kerana beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan En. Mohd Najib iaitu salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia.

Saya berharap pihak Amanah Ikhtiar Malaysia dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mengambil serius akan laporan-laporan ini. Rakyat perlukan penjelasan samaada terdapat sebarang kebenaran kepada laporan salahguna kuasa membabitkan lantikan pegawai-pegawai tertinggi di tahap pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Jika tiada sebarang respon daripada kedua-dua pihak ini dalam masa seminggu, saya akan dedahkan lebih banyak laporan-laporan salahguna kuasa di Amanah Ikhtiar Malaysia yang telah didapati saya daripada sumber-sumber dalam AIM sendiri. Saya pasti pihak kerajaan Pakatan Harapan akan bersikap telus dalam melaksanakan siasatan untuk mencapai aspirasi rakyat terhadap pentadbiran yang bersikap tegas dalam mengelakkan ketirisan, penyelewengan, dan salahguna kuasa.
Na’im Bin Brundage
Ketua Cabang Keadilan Kepong
Pengerusi Mahasiswa Pakatan Harapan
Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia

No Comments

Post A Comment